12
Nov
09

what a nightmare

5.30AM

Frustratingly, that’s what my alarm clock was showing. In a split second, I jumped from my bed and rushed straight to my 65-inches plasma tv. I switched it on and to my further frustration, I watched John Terry lifting the European Cup high and aloft. I’ve missed the Champions League Final and now, Chelsea have won it.

Oh, my Nike!

Then, the camera switched to an image of a bloke interviewing Carlo Ancelotti. He’s an Italian so he speaks Italian. Funnily, there’s a subtitle provided.

“I very happy right now.. Now I’m better than that old Ferguson! Ha ha ha..”

I couldn’t believed my eyes. Suddenly my hand phone rang. Must be from a Chelsea’s fan.

“Kamu tido lagi ke.. dah kol 9.30 ni..”

“Eh, ye ke.. tak sedar la. Saya termimpi ngeri..”

What a relief… or was it??!!

Hakikatnya, aku takde tv plasma 65 inci.. memang ngeri

07
Nov
09

something missing

pagi-pagi dah terasa pelik. like something’s missing…

pegi beli nasi lemak kat akak gemok kat giant la. sambal petai dia best.

but still feels something’s missing. something out of the ordinary.

rumah idaman tak jumpa lagi…

then.. snap! baru aku perasan, weekend ni takde orang kawen rupanya.. tu yg rasa lain macam

pegi ofis la

05
Nov
09

title: strata

For the past two weeks during office hour, I’ve spent 40% on doing my regular job and 60% on finding a house. A cheap one of course, although it’s nearly impossible to achieve that mission. Surfing the net, you’ll find lots of cheap houses actually with a price that’s too good to be true. Unfortunately, most are just that. 

tapak lombong, kawasan banjir, jalan sempit, Talam, ada orang mati kena bunuh…

But until now, I still don’t know the difference between Strata and Individual.

Ambank tak nak finance umah title Strata.

05
Oct
09

cik tah dan kisah pencarian minyak

Cik Tah sememangnya seorang anak gadis yang taat kepada kedua ibu bapanya. Jadi, apabila di suatu pagi yang tenang bapanya meminta Cik Tah membeli minyak enjin, Cik Tah menurut sahaja. Berbekalkan wang yang mencukupi (serta keyakinan yang tinggi), Cik Tah pun pergilah ke pekan yang berhampiran untuk membeli minyak enjin yang diminta oleh bapa kesayangannya itu.

Nasib Cik Tah ternyata baik pagi itu, kerana dalam sekelip mata dia sudah berjaya menemui sebuah kedai yang menjual minyak enjin. Hatinya bersiul girang.

“Selamat pagi, tokey!” Cik Tah menyapa tauke kedai yang berbangsa Tionghua itu dengan penuh ramah mesra. “Tokey ade jual minyak enjin?” 

“Musti ada… amoi mau belapa?” balas tauke itu, juga dengan mesra.

“Saya nak satu je, yang 3 liter punye.” Cik Tah menjawab.

“Amoi, 3 liter punya mane ada jual. 1 liter saja ada jual…” tauke itu cuba memberi penjelasan.

“Mana boleh takde… kedai besar macam ni mesti la ada jual..” suara Cik Tah mula berbaur kehairanan.

“Aya amoi, 3 liter punya mana-mana kedai pun talak jual la. 1 liter saja ada jual..” si tauke itu terus mempertahankan fakta itu.

Cik Tah mula berasa gundah gulana. Pagi yang bermula dengan tenang tadi seolah-olah mula bertukar menjadi bergelora. “Jangan tipu sama saya tauke.. abah saya cakap suruh beli 3 liter punya, tak kan la abah saya mau tipu sama saya…” Cik Tah cuba merasionalkan situasi yang dihadapinya itu.

Tauke itu merenung tepat ke arah Cik Tah. Gerak hatinya memberitahu ada sesuatu yang tidak kena.

“Amoi, lu punya motor belapa busat mau pakai itu minyak 3 liter?”

“Saya tak bawak motor, saya bawak Kancil la tokey,” jawab Cik Tah dengan singkat. Lalu si tauke pun tersenyum sumbang.

“Amoi, ini kedai jual balang motor saja. Kita talak jual keleta punya minyak enjin lo.. Cik Amoi nampak itu kedai ujung, situ kedai ada jual balang kereta lo..” 

“Okey.” jawab Cik Tah ringkas (serta penuh keyakinan).

tidak, ini bukan ekspedisi mencari minyak enjin oleh Cik Tah dan kawan-kawan... ini hanyalah aktiviti riadah semata

tidak, ini bukan ekspedisi mencari minyak enjin oleh Cik Tah dan kawan-kawan... ini hanyalah aktiviti riadah semata